Looking~~


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, December 11, 2011

jom tgk gambar~~ (^_^)

assalamualaikum... 


lama x update blog ni.. agk bz dgn life... tp xtau la ape yang bz sangat kn... huhu~~ biasalah.. hari2 balik keje malam... lotih ni ha bdn... kali ni nk share antara gambar2 yg aku take it by my nikon.. hehe~~ anyway enjoy it...=) mcm biasalah... first model saya tentunya kucing2 terbaek dari ladang ni..hahah~~


ni kontot..heheh~~

ini nama dia mei mei.. kucing peliharaan di kilang..

jumpa ulat ni kat pokok.. outing lpas hujan.. tgh makan daun...=)

yang ni top model.. fotogenik punya kucing.. nama dia kenit..

tgk 2.. pandai bergaya... next time kita tgk gambar lain die posing..=)




ok... sat lg kita sambung tgk gamba lain lak yer... chow dulu...

Sunday, August 21, 2011

apa itu IFTAR??

assallamualaikum semua........ selamat bersahur...heheh~~ em,tadi dok belek2 fb terjumpa satu perkataan yang jarang dengar... IFTAR.. huhu~ mungkin aku yang ketinggalan zaman... sekali terus la check kt google... rupa-rupanya IFTAR tu berbuka puasa.... Ya Allah.. jahilnya bahasa arab aku... tapi takpe... at least aku jumpa and belajar perkataan yang jarang aku dengar...=)

Sekarang ni pun dh masuk 10 Ramadhan terakhir... sama-samalah kita mencari malam lailatul qadar... untuk mengingatkan diri ini juga yang banyak lagho dengan dunia ini.. walaupun dugaan itu tidak sebesarr mana pada diri ini berbanding mereka yang lain..... semoga mendapat rahmat Allah.. InsyaAllah...



Oklah.. dh masuk subuh ni.. nak mandi... hari minggu yang memerlukan ku untuk bekerja... Teruk2.... badan pun dh gepeng mcm lempeng...hehhe~~ 

JOM SOLAT SUBUH...

Sunday, July 31, 2011

Indahnya Ramadhan~~

Assalamualaikum semua..(^_^) ..bersua lagi dengan warga blog... dan pada esok hari tanggal 1 Ramadhan kita akan menjalani ibadah puasa bagi menunaikan tanggungjawab kita kepada Allah S.W.T.. Sebagai hambaNYA kita wajib menunaikan ibadah ini dengan sempurna kecuali atas sebab sebab tertentu....



So pastikan kita sudah bersedia dengan segala larangan yang ditegah ok...

Jom kita review sikit doa untuk berpuasa..=)

Lafaz niat SEBULAN Puasa :

Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala

Lafaz niat SEHARI puasa :

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Doa berbuka puasa :

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.


Selalunya doa kat atas semua ni kita praktikkan. tapi bila dh kenyang lupa pulak doa selepas berbuka...heheh~~ meh kita tgk dan amalkan...

Doa Selepas berbuka :

Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

Moh ler kita menjalani ibadah puasa ini dengan tawaduk ye kawan2.. Dan Selamat Berterawih juga... Sama-sama kita mengimarahkan bulan Ramadhan yang penuh dengan Barakah ini.. InsyaAllah..
Selamat Berpuasa dan Selamat Beramal!!=)




Friday, July 15, 2011

Mari Insafi~

Alhamdulillah... sempat lagi untuk ku menulis di ruangan blog ni... sejak akhir-akhir ni agak sibuk dirumah... hehe~~ Tapi kali ni nk ajak kawan-kawan selusuri kisah Rasulullah...


Jom... Ia mengisahkan tentang Haiwan Juga Adalah Mahluk Allah...

Bismillahirhmanirrahim...

Dalam pelbagai kesempatan, Rasullah SAW mengajak umat islam untuk berbuat baik kepada sesama mahluk Allah. Dengan kata lain, perbuatan baik tidak hanya dilakukan kepada manusia, tetapi juga kepada para binatang..

Petang itu, Rasullah SAW memita diri untuk pulang dari rumah salah seorang sahabatnya. Ketika hendak mengambil jubah yang disimpan di luar, baginda mendapati ibu kucing dan anak-anaknya tidur lena diatas jubah yang hendak dipakainya. Rasullah SAW membatalkan niatnya untuk mengambil jubah itu kerana merasa tidak sanggup mengganggu kucing yang sedang tidur itu.

Kemudian, Rasulullah SAW memutuskan untuk menggunting sebahagian jubah yang menjadi alas tidur kucing-kucing itu. Dengan begitu, Baginda dapat pulang ke rumah dengan tenang dan kucing-kucing itu dapat tidur dengan selesa.

Sungguh mulia Rasulullah SAW.. jikalau kita pada harini.. pantang lihat kucing tidur atas baju sikit.. dari jauh dah menjerit halau.. kalau nampak kucing tengah tidur kat baju.. dan dan terus tarik baju yang kucing tidur tu... tak rasa kesian langsung.. sanggup tak kita gunting baju yang kucing tu tidur seperti Rasulullah buat.. tanya lah diri anda sendiri...=)

Selain daripada itu juga terdpat kisah dimana pada suatu hari, Rasullah SAW sedang berjalan di sebuah lorong kecil. Entah dari mana asalnya, tiba-tiba sahaja seekor unta berlari laju menuju kearah baginda. Orang-orang berlari menyelamatkan diri kerana bimbang akan disodok oleh unta yang sedang cemas. Ada yang masuk ke rumah, ada yang merapatkan diri ke tembok dan ada yang memanjat dinding.

Anehnya, setelah berada dekat dengan Rasulullah SAW, unta itu menjadi jinak dan kelihatan tenang, apalagi setelah baginda menepuk nepuk perutnya..

Baginda tahu apa yang menyebabkan unta ini lari dari pemiliknya. Tidak lama kemudian, si pemilik unta muncul. Keadaan orang ini cukup membimbangkan. Bajunya kotor, tubuhnya penuh keringat,nafasnya termengah-menngah kerana dia telah berlari cukup jauhmengeajaruntanyayang melarikan diri. Tiba di hadapan Rasulullah SAW, dengan nafas yang masih tercungap-cungap, si pemilik mengucapkan terima kasih..

"Sungguh malang unta ini! Ia tidak mendapatkan makanan yang cukup. Ia baru saja mengadukan hal itu kepadaku.." ujar Rasulullah SAW kepada si pemilik unta..

Si pemilik unta merasa malu mendengar teguran daripada Rasulullah SAW. Tidak pernah terbayangkan jika unta itu aka mengadu kepada Rasulullah SAW. Lebih aneh lagi, ternyata baginda dapat memahami pengaduan unta itu..

"Maafkan saya, ya Rasulullah.. Saya berjanji tidak akan membiarkannya lagi"..kata si pemilik unta.. Kini si pemilik unta sedar bahawa unta juga mempunya hak yang harus dipenuhi dengan sebaiknya...

Kisah diatas banyak mengajar kita tentang sifat sesama mahluk.. tidak kira sesama manusia mahupun haiwan.. sama-samalah kita renung diri kita.. Jangan lah di dera haiwan-haiwan yang tidak berdosa..heheh~~ ayat power tu...

Meh tgk kucing kucing ku...=)

tgh makan..=)

syok dok main..hujan2.. tersepit sekor kat bawah...uiks..??


gatal nk hug..heheh~~


tido time...=)


heheh~~ tara...

Tata~~

Thursday, July 7, 2011

Kenangan yg Terindah [Version 1]

Selamat Pagi Semua.. Alhamdulillah kita masih lagi di bangkitkan oleh Allah untuk melihat Alam yang indah ini.. Syukur... Hari ni bila duduk sorang sorang terimbas pulak kenangan ku bersama kawan- kawan lebih kurang 5 Tahun yang lepas.. Tempat dimana aku belajar hidup berdikari, kenal erti hidup, belajar segala kesilapan, erti persahabatan dan macam-macam lagi.. Bnyak pengalaman yang aku dapat.. di sini la bermulanya POLITEKNIK JOHOR BAHRU..


Tapi sebelum tu.. nak citer sikit... before aku masuk sini.. sebenarnya dah masuk tingkatan 6 dulu.. di Sekolah Menengah Kebangsaan yong Peng.. Aliran sains tu.. sapeyg berani... dah try mntak tukar aliran sastera.. tapi tak dapat.. tup2 dapat lak tawaran masuk poli... huhu~~ memang ditunggu-tunggu la time tu.. ape lagi.. aku pun cabut.. tapi sempat gak dapat biasiswa RM 700..heheh~ rezeki..


Then bermula la ceritanya... tapi xnak citer sedih... sebelum aku gi.. next time aku citer eh... At now aku nak tnjuk gambar-gambar kawan-kawan kelas aku yang sengal-sengal... Dulu kelas kitorang memang wanted.. DJK.. Kelas Diploma Jangkawas Kawalan... Cakap jer nama kelas ni.. memang semua penysarah JKE kenal.. budak-budak kelas kitorang memang nakal and degil.. pernah buat pensyarah menangis... huhu~~

ni la antaraya budak-budak kelas aku..

Skang ni ade yang dah kawin... and ade yang dh mempuyai anak.. ade jugak yang sambung blaja.. bagi yang x sambung belajar.. alhamdulillah semua sudah keje..


Meh nak tunjuk aktiviti kitorang serba sedikit masa belajar dulu...

ni mase kat kelas.. 

kitorang ni memang hantu gambar.. pantang jumpa kemera... kitorang yang kejar kemera...hahah~~

mase ni ade karnival sukan~ kitorang pantang kalau ade dengar sekan-sukan ni.. mesti nk joint.. kalau boleh semua nak main... last-last ade time tu sampai aku xleh jalan.. macam rase tisu nak koyak..hahah~~

mase ni aku memang kurus giler..huhu~~ sekarang.. jangan tanya...heheh~~


tengokla gelagat kitorang bila jumpa kemera..=)



Gambar sebelah ni lak.. mase kitorang pergi karnival layang-layang dekat Pasir Gudang.. time ni memang best cz dapat tengok layang-layang.. siap kitorang buat macam camping.. si fara yang pakai cermin mata tu masak mee..hheheh~~ wahai kawan-kawan.. ingat kah kamu akan kenangan itu...=)

tu dia mee nye...=) tapi posing dulu sebelum makan..

yang kat depan kepala senget tu nama dia prof.. die sengal sikit budaknya.. gambar ni mase kitorang nak masuk lab kot..



ha... mase ni paling best.. kitorang berbuka beramai-ramai... mase ni bulan puasa.. sweet memory..=)

dan yang ni mase kitorang selesai pembentangan projek akhir.. semua muka lega cz habis dah seksa buat projek..



See ya in next post.. DJK BEST!!!

Wednesday, July 6, 2011

[Transformers 3 : Dark Of The Moon Terbaik!!]

Salam dan Selamat pagi semua...=)


Sabtu lepas aku telah menyaksikan kehebatan para Autobots bertempur dengan Decepticon..hahah~~ sudah pastilah citer Transfomers 3.. Sehingga ke hari ini aku tak penah terlepas lagi menyaksikan siri transfomers di pawagam.. aku pergi menonton di Batu Pahat Mall.. memang full gile pawagam..


Poster..

Meh kita tengok and citer sikit sinopsis citer ni...

Di dalam transformers 3 ini menceritakan pada awal tahun1969 perebutan kuasa diantara USA dan Rusia dalam perlumabaan ruang angkasa. Perlumbaan ini juga melibatkan Autobots dan Decepticon. Selain itu juga dalam citer ini menyelitkan sejarah chinoby pada masa dahulu. Seterusnya melihatkan bagaimana berlakunya konflik diantara mereka dengan kembalinya Sentinel Prime yang merupakan ketua kepada Optimus Prime pada zaman adanya planet Cybertron. Seterusnya moh le gi tengok di pawagam..heheh~~

meh nak tunjuk watak-watak dalam tranformers 3 ni..

Still Power Optimus Prime!!

Ni dia Sentinel Prime..

Sentinel Prime ni pada mulanya baik.. Then die berpaling tadah dengan Optimus disebabkan matlamat diorang tidak sama untuk berada di bumi.. Sentinel berhasrat untuk menjadikan bumi sebagai cybertron dan memerintah di planet baru itu nanti.. nak tau tercapai ke tidak.. Sila saksikan di pawagam..heheh~

Yeah!! that my Bumble Bee..

Still setia dengan tuan die... Sam Witwicky...
 Yang paling seronok tgk citer ni adalah bila dapat tgk kereta mewah yang diorang gunakan..huhu~~ terbeliak biji mata...=) sape tak teruja tengok kereta mewah macam kat bawah ni....

Cun tu...

Ok la... Jom kita tgk sikit trailer Transformers 3 ni...


Chow!!=)

Monday, July 4, 2011

Keputusan penuh Malaysia Vs Taiwan

huh! Alhamdulillah lega.. akhirnya skuad harimau Malaya berjaya melangkah ke pusingan kedua. walaupun kalah di tempat lawan.. tapi jaringan gol di tempat lawan menyelamatkan Malaysia daripada tersingkir.. Syabas Malaysia.. Malaysia tewas dengan Chinese Taipei 3-2 dan menyamakan agregat 4-4... Gol pertama di jaringkan oleh Aidil Zafuan dengan satu sepakan percuma yang cantik bertaraf dunia bile kita lihat.. nak tgk.. jom kita imbas kmbali...


World Class Free kick~~=)

Gol kedua pula di jaringkan oleh Safiq Rahim.. Ini satu lagi sepakan percuma yang cantik.. safiq membuat sepakan lencongan yang canti kearah pintu gol taiwan dan gagal di selamatkan oleh penjaga gol taiwan.. see it...

Pengulas pun terpegun...hahah~~

Dalam perlawanan ni, mmg give salute kepada pejaga gol Malaysia Sharbini Alawi.. kerana berjaya menyelamatkan pintu gol Malaysia dari banyak dibolosi.. selain itu berjaya menyelamatkan sepakan penalti Che Po Liang.. zoom in...

Good Job...

haa... hebatkan... Thumb Up fo Harimau Malaya.. Malaysia akan bertemu Singapura pada pusingan kedua di mana  Singapura mendapat bye pada pusingan pertama.. Jadual Perlawanan adalah seperti berikut

Pusingan Pertama :
23 Julai 2011
Stadium Singapura

Pusingan Kedua :
28 Julai 2011
Stadium Nasional Bukit Jalil


Tapi dalam perlawanan Malaysia Taiwan ni ada seorang player International die.. Hensem!! heheh~~ nama dia Xavier Chen (jersi no 8).. nak tengok muka die??
Zoom in

 2 dia... heheh~~

meh satu lagi...

 hehhe~~

meh nak citer sikit profile pemain ni...

Nama penuh dia Xavier Chen yang lahir di Belgium.. Dia pernah bermain untuk pasukan bawah 19 tahun Belgium. Beliau baru sahaja mendapat kebenaran FIFA untuk mewakili skuad kebangsaan Taiwan.. 

Bapa dia asal dari Taiwan dan mak dia orang Perancis.. Datok dia seorang diplomat Taiwan dan masih lagi menetap di Taiwan..

Sekarang ni dia bermain untuk kelab KV Mechelen, Jupiler Pro League di Belgium.. Die bermain posisi Defense- Fullback, Right.. Tengok dia main malam tadi.. em,mmg ade tsyle pemain antarabangsa..

ok la.. ni salah satu gol dari penalti die malam tadi..heheh~~


ok... apa pun saya bangga jadi anak Malaysia.. teruskan perjuangan!!!
Yeah!!